Agong Berangkat Ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Posted on

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara di sini.

Turut berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah serta Sultanah Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff.

Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra juga berangkat ke santapan malam itu.

Majlis turut menyaksikan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri turut menyertai majlis santapan malam itu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, dipengerusikan Sultan Sharafuddin Idris Shah. – BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *