Adik Shafie Dipanggil SPRM, Reman Anthony Dilanjut

Posted on

KOTA KINABALU – Setelah menyerbu rumah Hamid Apdal, adik bekas menteri Kabinet itu hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pagi Selasa.

Media tempatan melaporkan, SPRM memanggil Hamid yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah tersebut bagi membantu siasatan agensi berkenaan terhadap kes penyelewengan dana mega di negeri itu.

Sebelum itu sepasukan penyiasat SPRM menyerbu kediaman Hamid di Taman Bersatu, Petagas dekat sini jam 9 malam Isnin namun beliau secara kebetulan tiada di rumah dan tiada sebarang rampasan dilakukan di situ.

Menurut sumber, Hamid tiba di pejabat SPRM Sabah pagi ini bersama-sama dengan beberapa rakan lain bagi memberi keterangan berhubung isu dana RM179 juta yang telah dibekukan suruhanjaya itu setakat ini.

Ia juga dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan skandal penyelewengan RM1.5 bilion peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang ‘ghaib’ tanpa dapat dikesan antara tahun 2009 hingga 2015 lalu.

“SPRM cuma ambil keterangan. Belum diketahui sama ada beliau akan ditangkap atau tidak,” katanya. Proses siasatan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *