Adab Bersama Keluarga

Posted on
Adab Bersama Keluarga

Adab Bersama Keluarga

Assalamualaikum,

Terima kasih team iiumc sebab post cerita saya.Since masih mood raya kan so sedara mara ramai berkunjung jadi saya decide nak tegur sikit lah adab2 kaum lelaki yang perokok terutamanya bila bersama keluarga.

Of course la bila dah ramai-ramai sedara mara sepupu sepapat bila berkumpul memang meriah dibuatnya. Sape yang tak seronok kan. Yang tak bestnya bila dah berkumpul lelaki of course la lepas habis makan pekena rokok sebatang dua ( bagi yang perokok la kan).

Ni nak pesan lah bagi golongan yang kaki merokok ni kalau pun nak merokok tu silalah jauhkan diri dari anak-anak yang masih kecil. Kadang budak-budak mana reti dok diam. Berlari sana sini. Tapi bila dah nampak budak-budak tu duduk kat korang janganlah pi hembus gak asap rokok tu kat budak-budak tu. Kami yang tak merokok pun rasa lemas dengan bau asap rokok yang korang hisap tu. Apetah lagi bila budak-budak yg terpaksa hidu asap rokok tu semua. Bila budak sakit/kena asma korang bukan nak bertaubat pun. Dah namanya perokok tegar. Kang berhenti kejap. Sehari dua lepas tu hisap balik.

Ada jugak pak-pak sedara ni kadang-kadang tak sensitif langsung. Tengah hisap rokok pi dokong budak-budak kecik tu. Dengan rokok kat tangan sebelah, dokong budak kat tangan sebelah lagi. rasa nak marah pun ada. Kang nanti tak sedap pulak kan time-time beraya bermasam muka. Aku memang sensitif betul la orang yang merokok depan budak-budak ni. Bagi orang lain hidu asap rokok satu hal. Dah tu bagi contoh tak baik kat budak-budak pulak tu.

Ada lagi yang tak bestnya bila ada yang kena cucuk dengan member-member suruh merokok. Member tu dah stop merokok dah sebab wife dia dah 3 kali gugur lepas 4-5 tahun kahwin still belum ada rezeki anak. kawan-kawan dia ni pulak sibuk cucuk-cucuk si member ni suruh merokok kata tak jantan lah, takut bini lah eh eh korang ni.. benda macam ni pun boleh buat main- main ke.?

Kalau berhabuk sikit dah sibuk-sibuk tutup mulut kata pencemaran. Ni pencemaran mulut korang tu tak nampak pulak. Orang yang tak merokok ni hidung dorang lebih sensitif tau bila bau asap rokok. bau sikit pun rasa lemas. Kitorang pun ada hak nak hidu udara segar tau.

So sampai sini jelah teguran aku untuk para perokok tegar kat luar sana. Tolong sensitif sikit bila berada bersama keluarga dan anak-anak. kami ada hak nak hidup sihat, nak hirup udara segar. kalau korang tak sensitif pasal kesihatan korang, tapi please la sensitif pasal kesihatan orang lain.

sekian.

anti-rokok

Yani

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *