Abu si pemetik petai

Posted on

Alor Gajah : Lazimnya beruk dilatih untuk memetik kelapa, tetapi lain halnya dengan beruk jantan yang diberikan nama timangan ‘Abu’ oleh Mohd Noor Mohd Sharif, 46, yang dilatih untuk turut memetik petai.

Jika peniaga buah hutan yang lain memanjat sendiri pokok petai yang tinggi namun Mohd Noor tidak perlu bersusah payah berbuat demikian.

Sebaliknya, cukup sekadar dia mengarahkan Abu yang berusia empat tahun memanjat pokok petai dan menggigit tangkai buah berkenaan sebelum dilemparkan ke tanah.

Mohd Noor yang berniaga buah hutan seperti petai, jering dan binjai sejak 2012 berkata, dia membeli Abu daripada seorang rakan pada 2013 ketika haiwan berkenaan berusia tiga bulan untuk dilatih memetik kelapa dan petai.

“Pada mulanya, saya menggunakan Abu untuk memetik kelapa, tetapi apabila dia semakin membesar, saya latih dia memetik petai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *