Abang jadi inspirasi Isa

Posted on

Sekali pandang, pasti ramai tidak percaya ini penampilan terbaru penyanyi Isa Khan yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2016.

Ketika menyertai program realiti itu, tubuh Isa, 24, sedikit berisi dan dia juga berambut panjang. Pendek kata imejnya sekarang jauh lebih segar berbanding dahulu.

Menurut Isa, perubahan dilakukan itu bukan atas desakan atau permintaan sesiapa, tetapi untuk kepuasan diri sendiri.

Dia selesa dengan imej barunya itu.

“Kalau nak tahu saya menyimpan rambut panjang selama empat tahun. Memang sayang nak memotongnya, tetapi saya perlukan perubahan. Saya juga mula membina badan bagi mendapatkan bentuk tubuh menarik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *