Aaron kekal relevan

Posted on

Pada usia 41 tahun, pelakon popular Aaron Aziz membuktikan dirinya masih relevan dan terus bertahan di persada seni tanah air.

Bukan saja tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon, duta Jakel Textile untuk tahun kelima ini juga masih diberi kepercayaan tampil sebagai hero dalam drama dan filem.

Antara projek terbarunya adalah drama bersiri My Darling Inspektor Daniel terbitan Skop Production dan Telefilem Aidilfitri berjudul Family Tuan Ihsan.

Tidak ketinggalan, filem terbaru lakonannya berjudul Kau Yang Satu arahan Osman Ali dan filem Tamil iaitu Tik Tik Tik di Chennai, India.

Pada sesi fotografi eksklusif yang diatur RAP sempena Syawal di kediamannya di Setia Alam, Aaron menzahirkan rasa syukur dengan pencapaiannya ketika ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *