9 Maut, 15 Cedera Bas Mini Terhumban Ke Dalam Gaung

Posted on

SRINAGAR – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 15 yang lain cedera selepas sebuah bas mini terhumban ke dalam gaung, di wilayah Kashmir yang dikuasai India.

Nahas berlaku di kawasan pergunungan Mahore di daerah Reasi, kira-kira 210 kilometer selatan kota Srinagar, lapor agensi berita China Xinhua.

“Sebuah bas mini yang membawa penduduk tempatan terhumban ke dalam gaung di pergunungan Chachii Nala, Jamsalaan mengakibatkan sembilan maut di tempat kejadian dan mencederakan 15 yang lain,” kata seorang pegawai polis.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital berhampiran dan ada dilaporkan kritikal.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Kemalangan maut sering berlaku di India kerana kecuaian pemandu, lebihan penumpang dan keadaan jalan yang teruk. – BERNAMA

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *