5 Persamaan Hero Pujaan Malaya, FATTAH AMIN & ZUL ARIFFIN Yang Tengah Meletup-Letup Sekarang. NO2 Boleh Buat Wanita TERNGAGA!

Posted on


Dua nama aktor ini, dilihat antara yang paling popular dalam industri perfileman dan drama Malaysia sepanjang tahun 2017.
Penampilan Fattah Amin, 27, dalam drama Suri Hati Mr. Pilot (2016), diikuti Hero Seorang Cinderella (2017) dikatakan antara yang paling berjaya melonjakkan namanya ke tahap sekarang.
Manakala Zul Ariffin, 31, yang kini digilai kerana wataknya sebagai Umayr Harris dalam Titian Cinta (2017) membuatkan nama jejaka itu sentiasa evergreen di hati peminat.
Menariknya tentang mereka, banyak persamaan atau kebetulan yang dapat dikesan melalui postings masing-masing di Instagram. Tak percaya?
(a) Pernah Memegang Watak Juruterbang

Fattah Amin sebagai Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul dalam Rindu Awak 200%.
(b) Memiliki fizikal yang menarik

Kedua-duanya memiliki tubuh yang sasa serta rupa paras yang kacak. Fattah Amin berketinggian 1.8m manakala Zul Ariffin pula 1.85m. Mereka juga memulakan kerjaya seni sebagai model.
(c) Dipilih sebagai duta produk

Berbekalkan kelebihan di atas, tidak hairanlah jika mereka berdua sering diintai oleh jenama-jenama terkenal untuk dijadikan duta. Fattah Amin pernah bergelar duta SAFI Men, OLIcandy, Oppo R9 dan terkini, Maydan. Zul Ariffin pula dikenali sebagai duta Fisherman’s Friend, Nescafe, Proton, Gatsby dan Lipton.
(d) Ada koleksi jubah

Sepanjang musim perayaan lalu, mereka berdua giat mempromosikan koleksi jubah masing-masing iaitu koleksi Far8 by Altelia Amani by Fattah Amin serta koleksi Elhombre X Zul Ariffin.
(e) Menerima pelbagai anugerah

Populariti selari dengan bakat yang dimiliki. Bintang Fattah Amin serta Zul Ariffin bukan saja bersinar di hati peminat, malah diiktiraf oleh para penggiat seni tempatan. Antara yang terbaru, Fattah Amin pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular manakala Zul Ariffin sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular dalam ABPBH30.
Zul Ariffin Keluar Daripada Zon Selamat

Penampilan Zul Ariffin sebagai Tombiruo atau Ejim dalam filem terbaru Tombiruo: Penunggu Rimba yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi, benar-benar mencabar bakatnya sebagai pelakon.
Dalam filem aksi pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid tersebut, bayangkan Zul perlu bertopeng setiap masa, selain terlibat melakukan sendiri pelbagai scene pertarungan serta stunt.
Pada pendapat kami, watak beliau kali ini jauh lebih menarik kerana menguji keupayaannya berlakon ke tahap tertinggi. Jom tengok antara aksi Ejim yang cukup misteri dan tangkas, cuma agak tak puas kalau sekadar melihat foto-foto saja. Jangan lupa tonton sendiri filem Tombiruo: Penunggu Rimba ya!
SUMBER

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *