4 per0g00l ke tali gantung kerna r0go0l pelajar sehingga menyebabkan kerosakan organ dalamannya dengan batang besi

Posted on

New Delhi: Mahkamah tertinggi India India hari ini, mengekalkan hukuman mati terhadap empat lelaki yang didapati bersalah dalam kes rogol beramai-ramai dan menyeksa seorang pelajar perbuatan berusia 23 tahun dalam bas yang bergerak di sini, hampir lima tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Agung itu memutuskan jenayah berkenaan yang mencetuskan protes besar-besaran di seluruh India, layak dikenakan hukuman mati.

Menurut dokumen mahkamah yang dikemukakan pendakwaraya, Akshay Thakur, Vinay Sharma, Pawan Gupta dan Mukesh membawa mangsa ke bahagian belakang bas persendirian itu di New Delhi, memperkosanya sebelum menyebabkan kerosakan organ dalamannya dengan batang besi.

Pelajar perempuan itu dihantar untuk rawatan ke sebuah sebuah hospital di Singapura namun mati dua minggu kemudian.

Pemandu bas itu, Ram Singh, dan suspek kelima, ditemui mati tergantung dalam penjara di Tihar pada Mach 2013. Suspek keenam yang kekurangan beberapa bulan untuk berusia 18 tahun ketika kejadian, menjalani hukuman pemulihan selama tiga tahun dan sudah dibebaskan.

Kes itu menyebabkan India meminda udang-undang dengan menambah hukuman penjara maksimum perogol, jenayah seksual, menghendap (stalking) dan memperdagang wanita kepada 20 tahun

Peguam A P Singh yang mewakili tiga tertuduh menyatakan pihaknya akan memfailkan petisyen kepada Ketua Hakim Mahkamah Agung.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *