“3 Tahun Hubungan Istimewa Saya Dengan Erra, Saya Berani Katakan, Hanya Dia Yang Bertakhta Di Hati. Tiada Wanita Lain Selain Dirinya.” Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Tahun Depan..

Posted on

KUALA LUMPUR: Tampil di hadapan media buat pertama kali selepas dihambat kontroversi dengan gadis dikenali sebagai Mona, penyanyi Shahir Zawawi, mengulangi kenyataan dan hasratnya mahu melamar Erra Fazira, tahun depan.

Penyanyi yang juga bekas juara program Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu juga menegaskan, hanya Erra yang kini bertakhta di hatinya.


Shahir yang kini giat melakukan persediaan menghadapi peringkat akhir program AF Megastar itu berkata demikian ketika dirinya kini terpalit kontroversi kononnya mempunyai hubungan dengan pramugari bernama Mona Syamimi, yang mula diperkatakan semalam.

“Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya.

“Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.



“Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami,” katanya.

Shahir, 29, memberitahu, dia menganggap gosip yang mengaitkannya dengan Mona atau nama penuhnya, Mona Syamimi Mohd Samsudin sebagai asam garam dunia seni.

“Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan gosip begini, jadi saya tidak terkesan apabila timbul perkara ini.


“Saya masih Shahir yang sama, jadi tetap berhasrat untuk melamar Erra. Alhamdulillah, sebagai artis, dia juga faham apabila timbul perkara begini,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya AF Megastar, di sini.

Mengenai kemungkinan dia berhubung dengan Mona selepas kontroversi tercetus:

“Rasanya tidak perlu untuk saya menghubungi dia (Mona) kerana minggu ini terlalu terikat dengan minggu akhir menjelang AF Megastar,” katanya.

AKSI Shahir di konsert akhir AF Megastar di Royal Teater Shah Alam. – Foto Zunnur Al Shafiq

Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, menegaskan dia tidak akan menghilangkan diri apabila diuji gosip.

Sebelum ini, gambar Shahir dengan Mona tersebar di media sosial, bagaimanapun, penyanyi itu menafikan hubungan mereka.


Mona mendakwa, dia dan Shahir menjalin hubungan yang disifatkannya lebih daripada artis dan peminat.

Sumber: BH

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *