3 Perkara Yang Boleh Dipelajari Atas Kejayaan Fattah Amin

Posted on

Kejayaan Fattah Amin dalam beberapa anugerah kebelakangan ini mencuri tumpuan ramai. Ianya menjadi semakin heboh selepas aktor kacak tersebut berjaya dinobat sebagai artis paling popular ABPBH 3.0 ahad lalu. Walaupun ramai yang mengecam beliau, tetapi kami tertarik dengan penulisan saudari Nur Ain yang memandangnya dari sudut positif.

3 perkara yang boleh dipelajari dari Fattah Amin jika anda bukan peminat Fattah Amin seperti saya. Nukilan: Nur Ain Ismail di Facebook)

1 + Positif

Fattah Amin bukan artis yang diangkat dengan tiba-tiba. Dia bermula dari seorang yang dicemuh. Awal menjadi pelakon dulu, dia pernah kena troll atau diejek sebab lakonannya.

Jadi dia bina diri. Dari badan sekeping sekarang dah sado. Dari lakonan kayu sekarang dikejar gadis ayu. Dia seorang yang ambil kata-kata orang sebagai perangsang untuk bangun.

Jadi jangan terkejut kenapa dia diminati.

2 + Buat kerja

Dia seorang yang buat kerja sebagai seorang anak seni. Sedikit demi sedikit dari menjadi pelakon, pemilik restaurant, penulis buku dan sekarang penyanyi.

Dia anak seni, memang perlu untuk pasarkan diri dan jadi popular. Jangan terkejut dia jadi pengarah filem lepas ni.

3 + Cuba dan cuba

Fattah Amin cuba banyak perkara bukan sebab mahu tunjuk dia seorang pakar. Saya percaya dia tahu risiko dari apa dia buat sebab dia sendiri bermula dengan orang tak suka. Tapi dia cuba menunjukkan dia serba boleh.

Sekarang dia menang banyak perkara walaupun tetap orang tak suka. Dia tak peduli asal dia cuba dan kutukan sudah biasa dia terima sejak mula berlakon. Jangan terkejut dia keluarkan buku bagus selepas ni.

Ambik semangat positive dia.. 💪

BACA JUGA: Izara Anggap Penyebaran Video Nampak Payudara Sebagai Ujian Allah

Jangan lupa untuk LIKE Facebook BULETIN

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *