120 tan habis

Posted on

Johor Bahru: Penganjuran Pesta Durian dan Buah-Buahan Malaysia-Thailand buat kali pertama di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, bermula Jumaat lalu mendapat sambutan luar biasa orang ramai.

Sambutan luar jangkaan itu dibuktikan apabila 120 tan durian terjual dalam tempoh dua hari pesta diadakan.

Penganjur, Mohd Zaki Salleh berkata, dia tidak menyangka pesta durian kali pertama dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan daripada pengunjung tempatan dan Singapura.

“Sejak dibuka bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam pada hari pertama, 120 tan durian habis dijual.

“Saya terkejut dengan sambutan ini berikutan jumlah durian yang dijual menyamai tempoh empat hari penganjuran di Shah Alam, Selangor sebelum ini,” katanya yang akan mengadakan siri jelajah di Sentral Bazar, Nilai 3, Negeri Sembilan, pada 3 hingga 6 Ogos depan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *